Daftar Affiliate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Dalam mesyuarat Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR), Politeknik Sultan Idris Shah bertarikh 30 November 2020. Ahli mesyuarat bersetuju untuk mewujudkan satu platform bagi memasarkan hasil-hasil penerbitan warga PSIS.


Melalui platform tersebut akan dapat memberi manfaat kepada 3 pihak iaitu:

  1. Kepada penulis melalui hasil jualan bahan penerbitan seperti buku, ebook dan sebagainya
  2. Kepada ahli KKR (semua staf PSIS) yang berminat untuk menjadi ejen pemasaran bagi mempromosikan bahan penerbitan tersebut, akan mendapat komisyen antara 5-30% (bergantung kepada persetujuan pemilik bahan penerbitan tersebut)
  3. 5-10% daripada hasil jualan akan masuk ke dalam akaun Kelab KKR (bergantung kepada persetujuan pemilik bahan penerbitan tersebut)  


Situasi menang-menang kepada ketiga-tiga pihak. 

  • Penulis akan mempunyai ejen-ejen pemasaran untuk tolong promote hasil tulisan mereka. 
  • Memberi peluang kepada ahli KKR untuk menjana pendapatan tambahan
  • Kelab KKR akan dapat menjana pendapatan setelah setahun tidak mempunyai sebarang pendapatan (2020) berikutan penularan pendemik Covid-19 di Malaysia. 


Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar sebagai ejen pemasaran bahan-bahan penerbitan staf PSIS.




  • Lengkapkan borang pendaftaran




  • Kemudian klik pada link affiliate (seperti dalam gambar). Maka akan keluarlah semua senarai bahan-bahan penerbitan untuk dipromosikan oleh ejen-ejen pemasaran


  • Pilih bahan penerbitan yang ingin anda promosikan. Kemudian ambil link seperti yang tertera dalam gambar untuk dipromosikan. Anda boleh promosikan di facebook, Instagram, dan lain-lain



  • Setiap jualan yang terhasil melalui link tersebut akan membolehkan anda mendapat komisyen. Sebagai contoh dalam gambar di atas, komisyen yang disediakan untuk jualan ebook tersebut ialah RM10.00
  • Syarat minimum pembayaran komisyen adalah RM50. Komisyen akan dibayar sebulan sekali kepada ejen pemasaran yang berjaya melepasi syarat minimum tersebut.
  • Namun begitu, bagi ejen pemasaran yang tidak berjaya memenuhi syarat tersebut, komisyen akan di bawa kehadapan sehingga cukup syarat pembayaran minimum sebanyak RM50, baru bayaran akan dilakukan ke akaun ejen. 
  • Komisyen ini bukan KKR yang bayar, tetapi pemilik bahan penerbitan yang akan bayar melalui dua kaedah seperti berikut:

  1. Samada meminta KKR uruskan pembayaran melalui hasil jualan yang masuk ke akaun KKR, kemudian memberikan baki selepas tolak komisyen kepada pemilik bahan penerbitan
  2. Pemilik bahan penerbitan bayar sendiri kepada ejen dan memberikan bukti-bukti bayaran kepada pihak KKR untuk kami update di dalam sistem. Sekiranya pemilik bahan penerbitan nak bayar sendiri, kami akan berikan senarai ejen yang berjaya dapat komisyen berserta jumlah komisyen yang perlu dibayar kepada setiap ejen.  


Semoga platform ini akan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga PSIS, terutamanya dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai staf PSIS terlibat dalam menghasilkan bahan-bahan penulisan yang boleh dikomersialkan dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. 


Nota : Melalui setiap "hasil" yang diperolehi daripada buku digital "Mudahnya Zero Kos Marketing dengan Blogspot", RM10 akan diberikan kepada ejen affiliate, RM5 akan disalurkan ke akaun KKR. Baki selebihnya adalah milik penulis yang merupakan pengerusi KKR tahun 2019 - 2021