Buku Mudahnya 0 Kos Marketing dengan Blogspot
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam perkenalan saya ucapkan bagi anda yang baru pertama kali mengenali saya.
Alhamdulillah, dalam tempoh 10 tahun terlibat dalam dunia penulisan blog, kini saya telah mempunyai beberapa buah blog (bilangan sebenar saya dah lupa). Kesemua blog yang saya miliki dibangunkan dengan menggunakan platform blogger.com atau lebih dikenali dengan panggilan blogspot.
Setiap tugasan atau projek besar yang saya terima, biasanya akan saya kongsikan di blog peribadi saya atau blog khas untuk menyempurnakan tugasan atau projek tersebut.
Sebagai contoh, sewaktu saya ditugaskan sebagai ketua penyelaras untuk menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian pada tahun 2013 dan Penyelaras kepada program yang sama pada tahun 2014, saya telah menggunakan blog sebagai medium pemasaran untuk program tersebut.
Penulis bergambar kenangan dengan barisan VVIP, VIP, barisan AJK dan peserta sewaktu menjadi ketua penyelaras Klinik UPSR Didik Berita Harian pada tahun 2013 |
Keratan Akhbar penganjuran Klinik UPSR Didik Berita Harian pada tahun 2013 |
Penulis bergambar kenangan bersama Hafizal Hamad (penyampai dan pengulas sukan televisyen) dan Encik Hafiz AB Chess (Jurulatih pasukan catur Politeknik Malaysia) |
Semasa penulis menjadi penceramah bengkel Buat Blog di Pusat Internet Desa BNO pada tahun 2017 |
Semasa penulis menjadi penceramah program online marketing di IT Base Sg. Besar pada tahun 2018 |
Penulis bergambar kenangan dengan tuan Gero Azrul (Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia) semasa menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia pada tahun 2013 di Mines, Seri Kembangan |
Contoh-contoh blog yang saya miliki ialah:
- https://www.zahintravel.net/
- https://www.myhomestay4u.net/
- http://www.myhomestay4u.com/
- http://www.coretananuar.com/
- https://belajarblog2017.blogspot.com/
- https://testonlinespa.blogspot.com/
- https://discount-hari2.blogspot.com/
- http://catur-sukipt.blogspot.com/
- http://catur-psis.blogspot.com/
- https://caturpoliteknik.blogspot.com/
- http://bengkelblogjke.blogspot.com/
- http://jke-psis.blogspot.com/
- http://tipsexamspa.blogspot.com/
- dan lain-lain
Dalam senarai di atas, ada blog yang dibangunkan:
- Untuk diri saya sendiri
- untuk kelab
- untuk bahan eksperimen sewaktu mengadakan bengkel/kursus
- untuk jabatan di tempat saya bekerja
- untuk keperluan Institusi
- untuk Kementerian di tempat saya bernaung
- dan sebagainya.
Bagi saya, menulis blog merupakan satu kepuasan dan dalam masa yang sama dapat memberi manfaat kepada orang lain. Lebih menarik lagi, betapa mudahnya menghasilkan blog melalui platform blogger.com/blogspot. Semudah seperti anda menghasilkan dokumen dengan menggunakan perisian MicrosoftWord.
Setelah 10 tahun terlibat dalam dunia penulisan blog, saya bercadang untuk menghimpunkan pengalaman-pengalaman yang ada supaya dapat dijadikan sebagai rujukan kepada orang lain.
Ya! rujukan kepada orang lain.
Sifu saya berpesan:
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang"
Bagi menyahut pesanan sifu saya, dengan ini saya mempersembahkan Buku
"Mudahnya 0 Kos Marketing dengan Blogspot"
yang menghimpunkan segala pengalaman, strategi-strategi pemasaran melalui blog, dan kepelbagaian cara buat duit dengan blog berdasarkan pengalaman saya selama 10 tahun terlibat dalam bidang ini.
Muka Hadapan Buku Digital Mudahnya 0 Kos Marketing dengan Blogspot |
Muka Belakang Buku Digital Mudahnya 0 Kos Marketing Dengan Blog |
Untuk makluman anda, buku ini diterbitkan oleh pihak penerbitan Politeknik Sultan Idris Shah dengan menggunakan nombor pendaftaran eISBN 978-967-2096-97-9.
Untuk menerbitkan buku ini terdapat beberapa proses yang telah saya lalui, termasuk di semak isi kandunganya oleh seorang kakitangan yang mempunyai title Dr (PhD). Selepas melalui tapisan terakhir tersebut, baru buku ini boleh diterbitkan.
Kandungan Buku Mudahnya 0 Kos Marketing dengan Blogspot |
Jadi, anda tidak perlu lagi untuk mempertikaikan isi kandungannya! In Shaa Allah akan dapat memberi manfaat kepada diri anda khususnya dan kehidupan anda secara amnya.
Buku Digital ini Ditulis Untuk Menjawab Soalan-Soalan Berikut:
1) Macamana nak buat blog?
Saya dah jawab secara panjang lebar langkah demi langkah secara terperinci berserta dengan gambarajah sekali dari mukasurat 11 hingga mukasurat 70..
2) Macamana nak main SEO?
Sebenarnya saya bukanlah pakar sebenar dalam SEO... Kalau nak Cari yang betul2 pakar, saya boleh rekemenkan belajar dengan tuan Hasrul Bin Hassan, tuan Zeo Unic, Cik Puan Akma Omar, adik Kita Calrase Patrick, dan lain-lain...
Tapi disebabkan mereka tidak menulis panduan tentang SEO dalam sebuah buku penerbitan... Jadi Saya kongsikan sedikit info tentang SEO Berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri..
4) Bagaimana nak mengumpul database pembaca blog?
Teknik ni masih ramai lagi yang tak tahu.. Masih ramai lagi penulis blog yang tidak mengumpul database pembaca setelah bertahun-tahun menulis blog... Termasuk sayalah tu (5 tahun yang lalu)..
Begitu juga dengan peniaga.. Ramai peniaga masih tak tahu cara nak mengumpul database pelanggan.. dah berniaga bertahun-tahun, bila tanya berapa banyak database yang awak ada?
Tak tahu.. (Sambil terpingga-pingga)
Sebenarnya ada banya cara nak kumpul database pelanggan Dan database pembaca blog secara percuma.. Saya percaya masih ramai lagi orang yang belum tahu menggunakan teknik-teknik ini.. Takper, dalam buku ini saya ada kongsikan caranya..
Dari muka Surat 113 hingga 169
5) Bagaimana cara nak masukkan Facebook page, video dari youtube, post facebook, video dari instagram dan post twitter ke dalam blog?
Saya ada kongsikan caranya secara langkah demi langkah dari mukasurat 170 - 184
6) Bagaimana buat duit dengan Blog?
Saya ada kongsikan 3 contoh program pengiklanan yang boleh anda sertai.. Ada 1 program pengiklanan yang dibayar dalam matawang US Dollar.. Masa US Dollar mahal Hari tu sehingga mencecah nilai 1USD = RM4.2 ... Golongan blogger yang join program pengiklanan ini rasa seronok sangat...
Pasal apa? Nak dapatkan RM1,000 memadai dengan hanya kumpul USD220-USD250 sahaja..
Bab ini Saya kongsikan dari mukasurat 185-227
6) Bagaimana nak buat duit melalui Affiliate?
Saya ada kongsikan 3 contoh langkah demi langkah Pendaftaran program Affiliate tempatan Dan 1 contoh langkah demi langkah program Affiliate luar negara.. Tentu anda rasa terkejut bila tahu rahsia ini... Selama ini servis yang anda gunakan dalam laman web dari luar negara ini rupanya ada menyediakan program Affiliate...
Selain itu, Saya Juga ada kongsikan senarai program-program Affiliate lain yang boleh anda sertai.. Turut dikongsikan juga strategi-strategi yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan komisyen yang lumayan...
Dalam bab ini Saya kongsikan secara panjang lebar dalam 40 mukasurat..
7) Rahsia buat Duit 4 Angka diinternet..
Dalam dunia penulisan blog, Tak susah nak buat Duit 4 angka dengan zero kos marketing... Tapi susah nak buat Duit 5 angka hingga 7 angka dengan zero kos marketing...
Jadi, Saya Tak nak sentuh 5-7 angka terlebih dahulu... Sekarang anda perlu fokus untuk capai 4 angka pertama terlebih dahulu... Selepas dah capai 4 angka, baru boleh fikir untuk next step capai 5 angka, 6 angka, 7 angka.. Dan seterusnya..
Saya kongsikan segalannya dalam 20 muka surat..
Bagaimana anda ingin memuatturun buku tersebut dalam bentuk PDF supaya boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja secara santai menerusi telefon bimbit anda?
Begini caranya.
Anda boleh memuatturun buku digital tersebut secara percuma tapi dengan satu syarat.
Syaratnya ialah, buku ini akan dijadikan sebagai bonus pembelian kepada salah satu daripada panduan-panduan terbitan klikjer.com yang terdapat dalam senarai banner di bawah:
Ya! Beli salah satu panduan sahaja yang terdapat dalam senarai di atas. Kemudian, anda perlu melakukan langkah-langkah seperti berikut:
- Anda perlu klik pada mana-mana banner di atas
- kemudian buat pembelian melalui laman web daripada banner tersebut. Sebelum membuat bayaran, sila semak pada refference di bahagian bawah sekali. Pastikan tertera Refer by: jkepsis
- Dapatkan nombor invoice pembayaran yang dihantar melalui email
- Lengkapkan borang di bawah
- Masukkan invoice pembayaran di ruangan akhir borang
- tekan butang "Hantar"
- Kemudian saya akan semak bukti bayaran. Sekiranya sah, saya akan berikan link muat turun buku tersebut (format PDF) ke email box anda.
Selepas anda melakukan pembelian, sila semak email anda untuk mendapatkan invoice yang dihantar melalui email. Pastikan anda mengisi nama, email dan nombor invoice yang sama seperti invoice yang telah diperolehi semasa mengisi borang di bawah:
Contoh nama, email dan invoice yang perlu anda gunakan untuk mengisi borang di bawah. |
Sekian, terima kasih
Ikhlas daripada saya,
Muhamad Anuar Bin Marsib
Penulis blog secara sambilan
Nota : Buku Digital ini dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda mendapatkan buku digital ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ke dalam komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.